Monday, February 22, 2010

3 Prinsip Teras 1Malaysia



1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam
memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
 
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN  
PRINSIP KEADILAN SOSIAL
 
PRINSIP PENERIMAAN
Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia
mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan
yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu
sama lain sebagai rakan setia.

PRINSIP KENEGARAAN
Konsep perpaduan, semangat nasionalisme
dan cintakan negara telah diterapkan semenjak
dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan
yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan
Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi
mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada
penjajah British untuk Tanah Melayu.
Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya
adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang
kaum di negara ini.
Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal
dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk
memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga
diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj
Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020
dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

PRINSIP KEADILAN SOSIAL
Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar
belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik
mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.
Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing
dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum
lain.
Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai
prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi
mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang
keterlaluan dan bukan-bukan.

No comments:

Post a Comment