Monday, February 22, 2010

Konsep 1Malaysia



• Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau
gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep
1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam
bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpinpemimpin
Kerajaan menjalankan tugas dengan
lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi
kepentingan rakyat.

• Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip
keadilan untuk semua kaum, yang membawa
maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan
Perlembagaan yang memberikan
pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,
akan tetap dilaksanakan.

• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina
negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara,
rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan
antara kaum, yang membawa kepada perpaduan
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih
lancar.

Sunday, February 21, 2010

8 Nilai



Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep
1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran
dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:

Nilai 1: Budaya Kecemerlangan
Nilai 2: Ketabahan
Nilai 3: Rendah Hati
Nilai 4: Penerimaan
Nilai 5: Kesetiaan
Nilai 6: Pendidikan
Nilai 7: Integriti
Nilai 8: Meritrokasi

1Malaysia

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:


“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan
berdasarkan kehendak semua kumpulan
etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar
afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan
kepada golongan Bumiputera yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada
kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama”.